Followers

Friday, June 29, 2012

nukilan pagi seorang gadis

Tekifukatoka gadis biasa...tekifukatoka itu adalah nama aku, iaitu diyana dalam bahasa Jepun. aku dilahirkan di pontian, johor.jadi sememangnya aku ini seorang anak jati johor yang sekarang menuntut di IPG Kampus Bahasa Melayu. Aku dibesarkan daripada keluarga yang sememangnya besar tapi bukan badan-badan besar tapi ahli keluarga aku yang ramai.  Malangnya, aku tidak suka bercerita perihal keluarga aku pada orang lain. Jadi, aku lebih suka memendam akan perihal keluarga aku. mm terpulang pada korang nak cakap apa pasal aku, asalkan aku cukup seronok dgn kehidupan aku disini. aku pegang satu prinsip ni "kadang-kadang kita tak perlu ingin jadi orang lain, sebab tanpa kita sedar orang lain ingin jadi seperti kita". konklusinya, aku lebih teruja memperlihatkan diri aku sebenar, walaupun keburukan aku sendiri.

Aku ni bukanlah pandai sangat dalam bidang pendidikan, malah aku belajar di sekolah harian, iaitu SMK Dato Ali Haji Ahmad yang lebih popular dikenali SDAHA. Sekolah ini akademik tidak berapa cemerlang sangat tapi kalau bab sukan hari2 ada orang naik atas pentas menang itu lah ini lahh..tu yang seronok...kawan-kawan kat SDAHA ni pulak semua happening tapi kalau bab gaduh ,,belasah orang pun no satu gaklahh.

tit tit tit sampai lahhh aku kat sini..kenal gn kawan-kawan baru..rasa teruja mula2 aku daftar kat sini, urmmm dah setahun aku kat sini macam2 aku dapat, pengalamna manis, pahit,,suka duka aku dalam ranjau kehidupan yang penuh liku2 ini membuatkan aku semakin tabah kuat dalam mengharungi kehidupan. Tanpa aku sedar aku hamprir menongkah arus yang sangat deras akan datang. semakin aku mengenali siapa aku sebenarnya, semakin aku mengenali erti kehidupan sebenarnya..walaupun pahit dan payah untuk aku lalui tapi semua ini pencetus kejayaan yang perlu aku teruskan dan laluinya walaupun hati rasa gugup, berdebar, pelbagai emosi yang aku rasa hanya ingin mengenggam segulung ijazah buat kedua orang tu aku.insyaallah.Amin.

No comments:

Post a Comment