Followers

Monday, July 23, 2012

CINTA DALAM DIAM

Assalamualaikun dan salam sejahtera.
Saya telah memilih video ini bagi refleksi minggu ketiga.  Video iklan ini banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita pelajari. Saksikanlah, pasti hati anda tersentuh menontonnya kerana setiap anak yang lahir dalam dunia ini perlukan ibu bapa.

Selepas selesai menonton video ini, saya berasa sangat sedih kerana seorang anak yang tidak tahu bersyukur mempunyai bapa yang cukup penyayang, baik dan sanggup berkorban. Walaupun bapanya seorang yang pekak dan bisu tetapi bapanya masih sanggup menyediakan keperluannya dengan sebaik mungkin meskipun latar belakang keluarganya agak daif.  Lihat sahaja contoh pada hari ini, seorang bapa yang cukup sempurna, bekerjaya, kaya tetapi belum tentu dapat mengingati hari jadi anaknya tetapi bapa pekak ini sanggup membelikan  kek  hari jadi anaknya walaupun hanya mencari rezeki dengan berniaga.

Selain itu, saya begitu marah dengan tindakan anaknya membunuh diri apabila malu dek kerana sering diejek oleh rakan sekolah tentang bapanya yang bisu dan pekak itu.  Kemudian, situasi bapa pekak ini merayu pada doktor agar dapat menyelamatkan anaknya membuat saya begitu sedih dan terharu melihat raut wajahnya yang sangat sayang dan risau melihat anaknya, sedangkan anaknay tiada sikit pun rasa sayang dan kasihan pada bapanya.  Saya dapat rasa begitu kasihnya seorang bapa pekak ini  kepada anaknya,  meskipun dia bukan bapa yang sempurna. Saya dapat rasa yang hidupnya begitu penuh kasih sayang sehingga sanggup berkorban menderma darah meskipun dia perlu mati. Bagi saya sukar untuk menemui seorang bapa seperti ini, amat malang bagi anak ini yang tidak tahu menghargai orang tuanya.

Implikasi pada diri saya selepas menonton iklan ini, saya ingin membuat ibu bapa saya bahagia, bangga kerana ada anak seperti saya. Saya lebih berazam  dan bermotivasi untuk menjadi seorang anak yang baik untuk ibu bapa saya selagi mereka masih hidup. Malah, saya ingin membuat sesuatu agar mereka bangga dan menjadikan kenangan paling terindah dalam hidup mereka serta saya ingin menjadi role model yang terbaik untuk adik- adik saya agar mereka tahu untuk menghormati orang tua, menyayangi dan mengasihi mereka.  Namun begitu, saya berdoa agar saya mampu mendidik emosi saya untuk mencapai kesejahteraan hidup sekaligus membuat orang disekeliling saya gembira.

Secara tuntasnya, iklan video ini mengajar saya untuk tahu menghargai ibu bapa dan orang sekeliling kita meskipun mereka tidak sempurna. Malah, iklan ini juga mendidik saya untuk menjadi anak yang solehah dengan menghargai setiap perbuatan ibu bapa kita terutama kasih sayang dan pengorbanan mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita. Pada masa itu, penyesalan tiada gunanya, air mata darah sekalipun tidak bisa menggantikan kasih sayang ibu bapa.  Bagi saya bersyukur adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan agar kita dapat melalui hari-hari kita dengan penuh rasa gembira meskipun orang sekeliling sedang tertawa melihat keadaan kita.  Percayalah, "kita tak perlu jadi orang lain sebab  ada orang yang ingin jadi seperti kita".

Sekian, terima kasih.

Friday, July 20, 2012

USAH MENCINTAI AKU, SELAGI ENGKAU TAK MENCINTAI DIA YANG SATU!

Dia....
satu-satunya  cinta hakiki
Dia yang sentiasa bersama aku
tika aku senang dan susah
Dia tidak mudah berpaling pada aku
malah  Maha Pendengar yang paling setia.

biarpun aku selalu ingkar pada-Nya..
biarpun aku selalu lalai mengingati -Nya
namun Dia tetap masih mengasihani aku
masih pemurah memberi nikmat
masih mudah memaafkan
walaupun aku masih angkuh
sombong untuk bersyukur pada-Nya
masih lagi Dia memberi aku nafas di pagi hari.

biarpun aku sering melakukan kekhilafan
masih mudah untuk Dia memafkan
masih bisa menerima taubat doaku
Yang Maha Agung
sungguh cinta - Mu tiada bandingan
janji-Mu dalam Al - Quran cukup
buat aku setia untuk mendapat keredhaan-Mu
agar hari-hariku sentiasa diberkati.

Sehebat mana cinta romeo dan juliet
masih tidak bisa mengalahkan cinta - Mu
pada hambanya..

Rintihanku Senafas Pagi..

"Ya Allah..aku tak ingin menyintai
selagi aku tak dicintai oleh Engkau
aku tak mampu mencintai orang lain
selagi aku tak mencintai engkau
malah aku tidak ingin dicintai
dengan orang yang hanya
mencintai aku TANPA mencintai engkau.
kerna aku ingin mencintai dan dicintai
bersama  Maha Cinta Agung-Mu."

Thursday, July 19, 2012

Duhai Cinta Monolog Hati

wahai wanita!
biarpun dia seindah mana,
sekacak mana, sehebat mana pun..
jika tidak pernah sujud pada Tuhan
maka ....
dia tidak mampu memberi cinta yang hakiki

percayalahh..
redhalah yang dia bukan untuk kamu..
sesungguhnya tiada cinta yang hakiki
melainkan janji manis yang bersemi
hanya ikatan yang palsu
yang tinggal hanya seruan nafsu..

Tuhan hantar dia untuk kita
agar kita  mengenal sesuatu yang kita perlu
tuhan tak pernah bagi apa yang kita mahu
tapi,,,,,
dia selalu bagi apa yang kita perlu...



Monday, July 16, 2012

SAYA ADA "PASSION" TERSENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.....

Alhamdulilah, kali ni sudah masuk refleksi kedua Kecerdasan Emosi, interaksi yang kedua ini lebih relaks dan enjoy dengan tajuk yang sangat menarik perhatian saya, iaitu PASSION.  Apa itu passion ? Mengikut kefahaman saya semasa interaksi  passion adalah sesuatu perkara yang mendapat kepuasan apabila kita melakukannya, sama ada sedang marah, sedih dan gembira. Apabila puan bertanya apa passion saya, saya terus terfikir dan berkata "passion aku adalah membeli belah" tapi apabila puan cakap yang passion seperti fizikal ini hanya sekejap sahaja kerna setiap kali ada sahaja model dan fesyen yang terbaru akan keluar dan kita tidak akan pernah puas dengan benda yang kita miliki itu.
        
YA!! betul sebab itulah yang saya rasa setiap kali saya mendapatkan / membeli sesuatu yang bagi saya akan buat saya rasa bahagia tapi sebenarnya sekejap je rasa kepuasan itu. Jadi "passion" yang kononya saya rasa memberi sejuta makna ini adalah salah, dan kadang2 saya terfikir juga "saat saya inginkan sesuatu benda itu, saya cuba untuk mendapatkannya tapi bila saya sudah dapat masih saya merasa perkara itu belum cukup untuk buat saya puas, malah bukan itu sebenarnya yang saya nak. Ternyata, selami ini  Kecerdasan Emosi saya sangat rendah kerana saya sendiri tidak pernah tahu apa passion saya selama hidup 19 tahun.
         
Pada mulanya saya kurang faham dengan apa yang dimaksudkan dengan  "passion" tapi setelah saya fikir dan cuba menilai diri saya, apa kehendak saya di dunia ini? Apa matlamat saya ? baru saya dapat jawapannya. So apa passion saya ?  Apa perkara yang saya ingin lakukan apabila saya sedih, kecewa, gembira, marah dan apa sahaja perasaan yang hadir cuma itu yang saya mahu.
       
Satu perkara sahaja yang saya inginkan, yang akan beri sepenuh kepuasan dalam hidup saya adalah untuk melihat ibu ayah saya senyum selalu, untuk melihat ibu ayah saya bangga dengan saya dan saya cuma ingin buat hidup ibu ayah saya bahagia dengan adanya anak seperti saya ini. Puas sudah saya cuba refleks semula diri saya tapi passion inilah yang saya jumpa mungkin salah dimata orang tapi inilah yang saya rasa.  Bagi saya melihat ibu ayah saya gembira adalah perkara yang menyenangkan, memberi saya sejuta kepuasan, saya turut bahagia, saya turut bersyukur, puas, dan masa itu saya seperti tidak perlukan apa-apa lagi cukup saya berdoa agar ibu ayah saya sentiasa bahagia.

Akhirnya, pembincangan mengenai passion ini telah buat saya jatuh hati dengan mata pelajaran Kecerdasan Emosi kerana saya yakin mata pelajaran ini mampu mengungkap segala persoalan kehidupan, malah saya dapat mengenali diri saya yang sebenarnya.

Sekian, terima kasih.


    
      
  

Sunday, July 15, 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI MINGGU PERTAMA

hai semua....assalamualaikum dan salam sejahtera.

Coretan ini khas untuk refleksi saya pada minggu pertama interaksi Kecerdasan Emosi. Pada mulanya dapat tahu je semester 3 ni ada interaksi Kecerdasan Emosi saya tertanya-tanya, apa itu kecerdasan Emosi ? apa yang hendak dipelajari nanti ? apa kena mengena dengan profesion perguruan ni ?? macam - macam soalan menerjah ruang fikiran saya ni.

Lalu tibalah masa sesi interaksi bermula yang dibimbing oleh puan Safiah Ibrahim, dan aktiviti pertama yang dimulakan adalah dengan mencatatkan kelemahan dan kekuatan diri masing-masing, sebanyak mana yang kita tahu tentang diri kita. Saya pun catatkan segala kekuatan dan kelemahan yang saya tahu tentang diri ini.  Aktiviti yang dilaksanakan itu sebenarnya bertujuan untuk kita mengenal diri sendiri, untuk mengetahui sejauh mana seseorang itu mengenal identiti dirinya sepanjang usianya. Bagi individu yang sudah memahami dan mengenal dirinya mudah sahaja untuk dia menyenaraikan, tapi bagi individu yang lambat dan terfikir-fikir apa yang perlu dicatat adalah seorang yang belum lagi mengenal dirinya sendiri, bermakna emosinya belum cukup cerdas.
       
Selepas aktiviti ini pula, puan sempat menjelaskan sedikit tentang apa itu kecerdasan emosi. Apa yang saya faham tentang penerangan beliau,  Kecerdasan Emosi ini adalah kemampuan dan cara seseorang individu itu untuk mengawal, memahami, mengenali, mengetahui, mengelola atau selami dirinya sendiri terutama emosi, perasaan dan tingkah laku. Selain itu juga, kecerdasan emosi ini adalah keupayaan individu untuk mengawal tingkah laku, emosi yang bersesuaian dengan masa dan keadaan. Jelaslah, Kecerdasan Emosi ini penting untuk seorang guru supaya dapat mengawal, mengatasi , mengelola emosinya, tingkah lakunya apabila berdepan dengan situasi tegang. Selain itu, guru juga perlu memiliki emosi  yang stabil dan tingkah laku yang baik, dan bersedia agar dapat menyesuaikan emosi itu dengan keadaan dan masa terutama pada situasi yang mencabar emosi.

Seterusnya, interaksinya adalah mengenal pasti IQ,  apa yang saya faham IQ adalah pemikiran atau idea.  Semua orang memiliki IQ tetapi mengikut tahap yang berbeza, bergantung pada persekitaran, pengalaman, pemakanan atau baka. Namun, tidak semua orang yang memiliki IQ ini mempunyai kehidupan yang sejahtera.  Malah, tidak semua orang dapat gunakan IQ itu dengan perkara yang baik, sebagai contoh IQ seorang yang lebih kepada menipu mungkin akan menjerat orang untuk percaya kata - katanya. Jadi, sebagai manusia yang ingin mencapai kesejahteraan gunakanlah IQ dengan baik pada jalan yang diredhai oleh-Nya.

Selesai sudah refleksi minggu pertama Kecerdasan Emosi.
Sekian, terima kasih.