Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.....
Alhamdulilah, kali ni sudah masuk refleksi kedua Kecerdasan Emosi, interaksi yang kedua ini lebih relaks dan enjoy dengan tajuk yang sangat menarik perhatian saya, iaitu PASSION. Apa itu passion ? Mengikut kefahaman saya semasa interaksi passion adalah sesuatu perkara yang mendapat kepuasan apabila kita melakukannya, sama ada sedang marah, sedih dan gembira. Apabila puan bertanya apa passion saya, saya terus terfikir dan berkata "passion aku adalah membeli belah" tapi apabila puan cakap yang passion seperti fizikal ini hanya sekejap sahaja kerna setiap kali ada sahaja model dan fesyen yang terbaru akan keluar dan kita tidak akan pernah puas dengan benda yang kita miliki itu.
YA!! betul sebab itulah yang saya rasa setiap kali saya mendapatkan / membeli sesuatu yang bagi saya akan buat saya rasa bahagia tapi sebenarnya sekejap je rasa kepuasan itu. Jadi "passion" yang kononya saya rasa memberi sejuta makna ini adalah salah, dan kadang2 saya terfikir juga "saat saya inginkan sesuatu benda itu, saya cuba untuk mendapatkannya tapi bila saya sudah dapat masih saya merasa perkara itu belum cukup untuk buat saya puas, malah bukan itu sebenarnya yang saya nak. Ternyata, selami ini Kecerdasan Emosi saya sangat rendah kerana saya sendiri tidak pernah tahu apa passion saya selama hidup 19 tahun.
Pada mulanya saya kurang faham dengan apa yang dimaksudkan dengan "passion" tapi setelah saya fikir dan cuba menilai diri saya, apa kehendak saya di dunia ini? Apa matlamat saya ? baru saya dapat jawapannya. So apa passion saya ? Apa perkara yang saya ingin lakukan apabila saya sedih, kecewa, gembira, marah dan apa sahaja perasaan yang hadir cuma itu yang saya mahu.
Satu perkara sahaja yang saya inginkan, yang akan beri sepenuh kepuasan dalam hidup saya adalah untuk melihat ibu ayah saya senyum selalu, untuk melihat ibu ayah saya bangga dengan saya dan saya cuma ingin buat hidup ibu ayah saya bahagia dengan adanya anak seperti saya ini. Puas sudah saya cuba refleks semula diri saya tapi passion inilah yang saya jumpa mungkin salah dimata orang tapi inilah yang saya rasa. Bagi saya melihat ibu ayah saya gembira adalah perkara yang menyenangkan, memberi saya sejuta kepuasan, saya turut bahagia, saya turut bersyukur, puas, dan masa itu saya seperti tidak perlukan apa-apa lagi cukup saya berdoa agar ibu ayah saya sentiasa bahagia.
Akhirnya, pembincangan mengenai passion ini telah buat saya jatuh hati dengan mata pelajaran Kecerdasan Emosi kerana saya yakin mata pelajaran ini mampu mengungkap segala persoalan kehidupan, malah saya dapat mengenali diri saya yang sebenarnya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment