Followers

Sunday, July 15, 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI MINGGU PERTAMA

hai semua....assalamualaikum dan salam sejahtera.

Coretan ini khas untuk refleksi saya pada minggu pertama interaksi Kecerdasan Emosi. Pada mulanya dapat tahu je semester 3 ni ada interaksi Kecerdasan Emosi saya tertanya-tanya, apa itu kecerdasan Emosi ? apa yang hendak dipelajari nanti ? apa kena mengena dengan profesion perguruan ni ?? macam - macam soalan menerjah ruang fikiran saya ni.

Lalu tibalah masa sesi interaksi bermula yang dibimbing oleh puan Safiah Ibrahim, dan aktiviti pertama yang dimulakan adalah dengan mencatatkan kelemahan dan kekuatan diri masing-masing, sebanyak mana yang kita tahu tentang diri kita. Saya pun catatkan segala kekuatan dan kelemahan yang saya tahu tentang diri ini.  Aktiviti yang dilaksanakan itu sebenarnya bertujuan untuk kita mengenal diri sendiri, untuk mengetahui sejauh mana seseorang itu mengenal identiti dirinya sepanjang usianya. Bagi individu yang sudah memahami dan mengenal dirinya mudah sahaja untuk dia menyenaraikan, tapi bagi individu yang lambat dan terfikir-fikir apa yang perlu dicatat adalah seorang yang belum lagi mengenal dirinya sendiri, bermakna emosinya belum cukup cerdas.
       
Selepas aktiviti ini pula, puan sempat menjelaskan sedikit tentang apa itu kecerdasan emosi. Apa yang saya faham tentang penerangan beliau,  Kecerdasan Emosi ini adalah kemampuan dan cara seseorang individu itu untuk mengawal, memahami, mengenali, mengetahui, mengelola atau selami dirinya sendiri terutama emosi, perasaan dan tingkah laku. Selain itu juga, kecerdasan emosi ini adalah keupayaan individu untuk mengawal tingkah laku, emosi yang bersesuaian dengan masa dan keadaan. Jelaslah, Kecerdasan Emosi ini penting untuk seorang guru supaya dapat mengawal, mengatasi , mengelola emosinya, tingkah lakunya apabila berdepan dengan situasi tegang. Selain itu, guru juga perlu memiliki emosi  yang stabil dan tingkah laku yang baik, dan bersedia agar dapat menyesuaikan emosi itu dengan keadaan dan masa terutama pada situasi yang mencabar emosi.

Seterusnya, interaksinya adalah mengenal pasti IQ,  apa yang saya faham IQ adalah pemikiran atau idea.  Semua orang memiliki IQ tetapi mengikut tahap yang berbeza, bergantung pada persekitaran, pengalaman, pemakanan atau baka. Namun, tidak semua orang yang memiliki IQ ini mempunyai kehidupan yang sejahtera.  Malah, tidak semua orang dapat gunakan IQ itu dengan perkara yang baik, sebagai contoh IQ seorang yang lebih kepada menipu mungkin akan menjerat orang untuk percaya kata - katanya. Jadi, sebagai manusia yang ingin mencapai kesejahteraan gunakanlah IQ dengan baik pada jalan yang diredhai oleh-Nya.

Selesai sudah refleksi minggu pertama Kecerdasan Emosi.
Sekian, terima kasih.






1 comment:

  1. I like la..Diyana..nanti bagi cetusan minda tuk sy pula ye...:)

    ReplyDelete